Pengikut Blog

Selasa, 27 Mei 2014

Resepi Kuih Kasturi

Assalamulaikum

Seperti yang Anda tau.... Kuih Kasturi ini di buat dari kacang hijau. ianya direbus dulu sampai airnya ingin kering dan masukkan gula seberapa banyak atau sikit mengikut selera anda.




kalau dekat malaysia, nini suka beli tapi duk sini kena buat sendiri kalau nini tak pandai buat tapi oleh kerna nak makan. nini sanggup buka resepi dekat pc nie tengok dan buat... cara2 buatnya xde susah mana pun dan yang untung buat sendiri nie lebih banyak dari kite beli kan! betul tak kawan2.


Cara2 membuat inti kacang hijau

Bahan2

2 cawan kacang hijau
setengah cawan gula
air yang secukup untuk rebus kacang hijau
(jika suka boleh letak garam, nini tak letak garam masa rebus kacang hijau)

  1. cara2nya: Kacang hijau dibersihkan dan di sejat dahulu, masukkan dalam periuk dan letak air secukupnya untuk merebus kacang hijau.
  2. rebus sehingga lembut dan selalu dikacau supaya ia tidak melekat dan hangus di periuk.
  3. setelah ianya hampir2 kering, masukkan gula mengikut selera anda. gula akan cair di dalam kacang dan biarkan ia kering dan tutup api.
  4. sejukkan kacang hijau

ini yang sudah direbus dan disejukkan

Sesudah sejuk boleh dibentukkan mengikut kesukaan kite
Inti kacang hijau yang sudah dibentuk boleh disimpan dalam peti atau kalau mahu buat frozen di celup tepung dahulu dan goreng sebentar dan disejukkan. masukkan dalam plastik dan disimpan di dalam peti ais... nak makan boleh ambil dlam peti dan goreng kan senang.

Cara2 membuat tepung

  1. tepung gandum/tepung beras 1 cawan
  2. 1 sudu kecil planta/merjerin
  3. 1 sudu kecil garam
  4. sedikit air bagi pekatkan adunan
  5. sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning
  6. minyak untuk mengoreng
  • masukkan tepung, planta, garam, air, serbuk kunyit ke dalam bekas dan bancuhkan sehingga sebati.
  • panaskan minyak ke dalam kuali, sesudah minyak panas...
  • celupkan inti kacang hijau ke dalam tepung dan gorengkan sehingga kekuningan kalau mahu buat frozen goreng biasa sahaja tak payah sampai kekuningan.
Inti kacang yang sudah dicelup di dalam tepung


Inti kacang yang sudah dicelup dan digoreng



Jeng.... jeng... jeng.... dah siap boleh di makan pagi atau makan


selamat memcuba